


OBJEKTIF KUALITI KPPIM
- Mencapai enrolmen 10 000 pelajar menjelang 2025.
- 60% pelajar yang memperolehi 5A di peringkat SPM mendaftar bersama KPPIM.
- Memastikan setiap pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah bergraduate menghasilkan penerbitan seperti dibawah:
- Pelajar Sarjana Penyelidikan: 1 penerbitan* Journal
- Pelajar Doktor Falsafah : 2 penerbitan* Journal
*berindek ERA/Scopus/WoS/MyCite
- Memastikan 100% kurikulum melalui proses semakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 – 5 tahun.
- Memastikan jumlah bilangan program yang mendapat pengiktirafan daripada badan-badan professional tempatan dan antarabangsa menjelang 2025 sepertimana pecahan berikut:
Tempatan: 17 program
Antarabangsa: 4 program
- Memastikan sekurang-kurangnya 80% pelajar berstatus aktif untuk Sarjana Penyelidikan dan PhD mendapat status kemajuan “Sedang Maju”
- Memastikan kadar kebolehpasaran siswazah melebihi:
- Diploma = 90%
- Sarjana Muda = 90%
- Graduan Usahawan = 5%
- Menghasilkan penerbitan berindeks mencapai 2 400 menjelang 2025.
- Peningkatan sebanyak 80 penerbitan berindeks Q1 menjelang 2025.
- Memastikan nilai geran penyelidikan mencapai RM14 Juta menjelang 2025.
- Memastikan kecemerlangan dalam pemindahan ilmu dengan pengkomersilan 1 produk hasil penyelidikan menjelang 2025.
- Memastikan kecemerlangan dalam pemindahan ilmu melalui pengkomersilan produk hasil penyelidikan dan perundingan kepakaran dengan jumlah nilai RM1.5 juta menjelang 2025.
- Memastikan 60% pensyarah adalah berkelayakan PhD menjelang 2025.
Sumber: Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kolej Bil. 5/2024